Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

20 June 2009

Ape Rancangan Hari Ini?

Salam...

Selesai solat subuh, mata masih ingin menyambung tidur. Lantaran rasa mengantuk yang masih berbaki. Lalu aku menuju ke tempat tidur kami sekeluarga...mencari posisi yang terbaik untuk baring disebelah anak kecil tu.

Tersiku botol susu ......dan......alamakkkkk...Baby ( panggilan untuk si kecil ku) dah mengliat...cubaan untuk memujuk Baby tidur semula dengan menyuapkan puting tiruan..ternyata gagal...Baby dah pun membuka matanya. Hmmm..takde peluanglah nak sambung tidur....

Macam biasa..Baby akan bangun mencari remote control televisyen. Pasti mahu ku bukakan siaran kartun untuknya. Bab itu, memang anak kecil ku ini cepat belajar.. ehheh

Ape plan hari ni?...soalan yang pasti suami ku akan bertanya nanti..

Aku dah siapkan aktiviti-aktivitinya....cuma masanya saja yang aku serahkan kepada penentuan suami ku..

Perkara yang perlu dilakukan hari ini : 21/06/09 : Sabtu

1) Appointment bersama Doktor Dato' Zakaria Di SMC untuk perjumpaan susulan Baby
2) Menghadiri jemputan ke majlis hari jadi anak kawan suami
3) Pergi pasar malam di Seksyen 19 - beli buah-buahan
4) Pergi pasaraya untuk beli barangan keperluan dan kehendak
5) Beli junk-food untuk dibungkus sebagai hadiah kepada kengkawan Mira...
6) Berkemas untuk perjalanan ke Cameron Highland esok...

Sedia untuk diatur masanya oleh suami ku....

Perkara (6) Berkemas untuk perjalanan ke Cameron Highland esok...

Hendak mulakan aktiviti berkemas.?..aku perlukan mood untuk mulakannya? Dalam perancangannya aku mahu berkemas selepas solat isyak. Tapi.. apa yang akan terjadi adalah..mungkin aku berkemas pada jam 12 tengah malam..hhehe (lagi).

Aku membayangkan suasana yang damai disana..pasti pandangan hijau yang akan memenuhi ruang mata ...namun...kedinginan angin disana...melemahkan semangat ku...dapatkah aku bertahan dengan kedinginan suhu disana??? Alangkan 'air-cond' diopis pun aku tak dapat tahan....Entah lah..kita tunggu sahaja esok hari..INSYAALLAH..

Semoga Allah mempermudahkan urusan perjalanan kami sekeluarga esok..Selamat pergi dan selamat pulang ke Klang...Amin

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh