Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

27 June 2009

FAMILY DAY - KELAB BENDAHARI UiTM SHAH ALAM

Manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah lebih tepat dan pasti. Jika sebulan yang lalu , lantaran ia diadakan di FRIM Kepong dan kebanyakannya telah bersetuju untuk ber'trip' ke Pulau Pangkor pada tarikh yang sama, maka rakan-rakan opis ku tidak berminat untuk menyertainya dan hanya aku sahaja dalam Unit Kewangan Zon 5 yang bersetuju dan mendaftar untuk menyertai Family Day Kelab Bendahari tahun ini.

Namun, dengan kuasa Allah yang Maha Mengetahui, trip yang telah dirancang itu terpaksa dibatalkan atas sebab yang aku terlupa nak tanya, maka dengan itu aku mengambil kesempatan memaksa mereka semua menghantar penyertaan ke Family Day serta merta, pada hari terakhir borang penyertaan perlu dihantar. Alhamdulillah semua pergi kecuali keluarga Ida. Jaja pula memang terpaksa pergi kerana Zaffur hendak pergi.. oklah tu..

KAMI...sebelum hari ini telah berbincang hendak bertolak jam 8.00 pagi. Apa yang terjadi kepada keluarga ku???hehehe aku dan keluarga bertolak ke FRIM, Kepong tepat jam 8.25 pagi. Walaubagaimanapun, pujian harus aku berikan kepada suami tercinta kerana pandai mencari lokasi FRIM tersebut ditambah pula dengan keadaan trafik yang agak lancar membuatkan kami tiba di tempat yang hendak dituju pada jam 9.11 pagi.

Suasana pagi di FRIM amat mendamaikan..tentunya dikelilingi pokok-pokok yang dah berpuluh tahun membesar...mungkin dah beratus tahun??? tak pernah pulak aku menyiasat. Perjalanan dari pintu masuk memperlihatkan ramai pelawat telah mula melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang menaiki basikal, yang dalam penggambaran dengan pakaian perkahwinan, yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan, berkelah dan pelbagai lagi ekoran terdapat juga sungai kecil yang mengalir di bahagian atas sana yang dikatakan sebagai air terjun...ye ke???kita tunggu nanti...

Aktiviti

Selepas pendaftaran, aku mencari tempat yang sesuai untuk menghamparkan tikar sebagai tempat besantai suami dan anak-anak.

Tetiba dah ada panggilan untuk acara Kutip gula-gula bagi kanak-kanak bawah 6 tahun. Aku ape lagi..terus bawa Mira, permata sulong ku itu ke tempat permainan hendak bermula. Seperti biasa kanak-kanak perlu mengutip seberapa banyak gula-gula yang boleh. Tapiiiiiiii....Amira menangis sebaik sahaja wisel dibunyikan...aduhhhhhhh....tergelak aku dibuatnya...dah agak dah...mesti dia menangis punya..bukan terkejut..tapi ntah la kenapa....

Aku berkumpul dengan geng zon 5 ( Faz, Mus, Nadia n Zaki, Khairul, Hidayati sekeluarga, Hayati sekeluarga, Imah dan lain lagi) di khemah yang disediakan. Menunggu dan menyaksikan aktiviti sukanneka berlangsung. Memang gelak je kami semua... gembira bila sesekali berkumpul begini. Seingat aku, terakhir sekali kami berkumpul bersama keluarga masing-masing adalah pada rombongan hari raya yang lalu.

Suami tercinta sedang menjaga Qaseh di tempat bersantai sana..hehehh Terima kasih sekali lagi abang.

Sporting pulak aku kali nih...semua acara wanita aku masuk..kecuali Acara Mumia...sebab ketinggalan kerana menguruskan Qaseh yang 'ye yak'...kesian Nadia kerana kami dah berjanji nak bermumia bersama. Maaf ya Nad. Mungkin bukan rezeki kita kali nih...

Dalam semua acara yang aku masuk - Bawa bola dalam sarung, Bawa roda dengan rotan dan bawa belon basah bergantian, hanya satu je yang bernasib baik mendapat hadiah tempat ketiga..iaitu acara bawa belon basah bergantian...memang kelakar gila melihat gelagat masing-masing. Nasib menyebelahi aku...aku tak perlu bawa belon basah yang dikepit dipaha..kerana belon telah habis terpecah....hehhehe Alhamdulillah...

Aktiviti Family Day tamat apabila acara penyampaian hadiah cabutan bertuah berakhir. Aku kira bertuah juga pada hari ini kerana mendapat mendapat 2 (dua) hadiah dari cabutan bertuah. Iaitu 1) Hamper makanan ringan 2) Baucer makan tengahari di Intekma Resort untuk 2 orang.

Hhhhhhhh bagaimana aku hendak gunakan hadiah kedua itu????

Aku berkemas dan melawat ke tempat yang dikatakan 'air terjun'. Apa yang kelihatan hanyalah air yang mengalir di dalam longkang besar. Ramai yang bermandian disitu. Kami juga tidak berusaha untuk berjalan meninjau lebih jauh kedalam kerana mula terasa letih dan anak-anak juga sudah hendak tidur. Lagipun, suasana begini kurang memberi minat kepada aku dan keluarga. Lantas, kami bergerak untuk pulang sahaja kerumah....

Menarik dan Tidak Menarik

Ape yang menarik pada akitiviti Family Day ini adalah...ia memang memberi peluang kepada kita semua untuk mengeratkan lagi hubungan antara staf dan juga mengenali keluarga staf walaupun hanya dengan bersenyum sahaja. Bagi aku yang suka aktiviti berkeluarga, merasakan aktiviti ini ada manfaatnya seperti : permata sulongku mendapat kawan barunya-Arina, anak kepada Hajar aswati zon6, permata keduaku dapat bermain sepuas hati walaupun pada awalnya agak canggung dan yang paling penting....... hehehhe...... aku dapat mengeratkan lagi hubungan antara staf zon5 khususnya dan zon-zon lain umumnya.


Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan hanyalah satu yang utama, iaitu...Manusia hanya merancang Allah juga yang Menentukan. Kenapa ???....inilah yang terjadi....:

1) Penyertaan saat akhir geng zon5. Walaupun, trip ke Pulau Pangkor telah dirancang
berbulan yang lalu.(Terima kasih kepada geng zon5)

2) Ketinggalan untuk menyertai Acara Mumia walaupun telah merancang hingga ke 15 minit
sebelumnya. ( Maaf ye Nadia..akak kena uruskan si Qaseh yang uu uh)

3) Walaupun akulah yang paling berjaya menggolekkan roda basikal dengan rotan, namun Allah
telah menentukan kejayaan bukan milik group kami walaupun tempat ketiga.. ( huhuhuuuu
cuba lagi tahun depan ye kengkawan ....hheheheh )

Pengakuan Benar

" kenapa Amira tak mahu kutip gula-gula tadi?" tanya si ibu

"Sebab....sebab..." si anak cuba memberi penjelasan. Si ibu masih menunggu jawapan

"Sebab ibu tolak Amira...." jawab si anak...penuh ikhlas dan telus...

Si ibu memandang si ayah dan tergelak .......hairan pun ada jugak....

hmmm ye ke?!!...

Si Ibu tak perasan langsung bahawa tindakannya yang memberi dorongan agar si anak berlari setelah wisel dibunyikan.....dianggap sebagai 'menolak' diri si anak (bagi si anak)....maka sebab itulah si anak menangis kerana menyangka ibunya 'menolak' nya.....

Aduhai anakku......ikhlas benar jawapanmu...Terima kasih atas 'nasihat' mu itu...Ibu harus beringat tentang perkara itu....

1 comment:

masni qisrine said...

hmm budak2 mmg terlalu jujur & bersih fikiran

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh