Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

26 September 2011

Kenapa Sumaiyah ?? - The True Story


Dihadapan Pejabat Pendaftaran Daerah Manjung, berdekatan stesen bas, kelihatan seorang gadis berdiri tegak dengan beg besar disisi. Si gadis baru tiba dari Shah Alam. Mahu pulang ke kampong di Bakar Bata, Ayer Tawar. Matahari sudah mula membenamkan diri. Bulan sudah mula mengambil tempat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Itu tanda akan masuk waktu maghrib. Si gadis mula resah. Dia perlu cepat membuat keputusan. Sambil berkira-kira hendak menahan teksi, teringat pula akan duit disaku hanya tinggal tidak sampai 10 ringgit. Itu adalah gaya kehidupannya yang masih belum mendapat pinjaman PTPTN. Sigadis amat pasti tambang teksi akan melebihi 30 ringgit.

Lalu si gadis mengambil keputusan untuk berjalan perlahan-lahan. Jika ada bas melalui jalan itu dia akan tahan. Si gadis berharap abahnya akan tunggu di Pekan Ayer Tawar nanti. Melalui jiran sebelah rumah, si gadis telah meninggalkan pesan agar disampaikan kepada emaknya bahawa dia akan pulang ke kampung pada hari ini. Dirumah masih belum ada telefon lagi. Dia telah berkira akan memasang talian telefon di rumahnya bila dapat pinjaman PTPTN nanti.

Tiba-tiba, sebuah kereta proton saga berhenti tidak berapa jauh darinya.. Kereta diundurkan sedikit sehingga tiba disisi si gadis. Cermin diturunkan. Si gadis memandang kiri dan kanan. Mula rasa takut.

”Mak cik nak kemana? Saya boleh tolong hantarkan.” sapa si pemandu. Si gadis tidak memandang. “ Tak pe. Terima kasih” si gadis menjawab ringkas.

” Dah nak malam ni. Saya boleh hantarkan Mak Cik. ” Si pemandu nampak bersungguh. Sigadis masih diam dan cuba berjalan. Azan mula berkumandang. Waktu Maghrib telah masuk.

“Saya boleh hantarkan Mak Cik ke masjid. Saya pun nak solat jugak” si pemandu bersungguh benar.

Si gadis menghentikan langkah. Entah kenapa dia mula mahu percaya adanya keikhlasan yang cuba dibuktikan si pemandu bila disebut tentang masjid dan solat. Walaupun si gadis tidak pasti akan perkara itu. Dan...kenapa tiada bas yang melaluinya ketika ini???

Si gadis tidak pasti akan keberadaannya bas pada waktu –waktu begitu. Si gadis tidak pernah tiba selewat begini. Juga tidak pernah kelepasan bas.

” Baiklah, aku akan tumpang sampai di masjid sahaja.” getus dihati si gadis. Si gadis memandang pintu kereta. Kenapa rasa ingin bersetuju untuk menumpang???

Ternyata si gadis dibawa dengan selamat ke masjid di jalan besar . Si gadis lega.

” Mak Cik lepas sembahyang nanti datang balik ke kereta ni ya. Saya akan hantar mak cik ke rumah makcik” si pemandu berpesan kepada si gadis yang kelihatan sedang berkira-kira hendak meninggalkan sahaja kereta dan si pemandu bila selesai bersolat nanti.


****************************


“Nama adik sape?” tanya si pemandu. Si gadis diam tidak menjawab. Berbagai perasaan dia rasa pada ketika itu. Takut, tidak percaya , menyesal..dan pelbagai lagi. Si gadis tidak percaya bagaimana dia bersetuju untuk menumpang bersama si pemandu. Di terdesak? Tiada paksaan keras dari si pemandu juga. Entahla..sukar untuk dijelaskan kenapa dan mengapa.

Mulalah terbayang wajah keluarga yang sedang menunggu kepulangannya. Bagaimana jika tidah sampai kerumah??

Tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh si gadis. Kini dia sedar bahawa hanya dengan satu kesilapan maka tiada jaminan lagi baginya untuk berpatah balik. Mungkin...

”Ok lah..sekarang adik nak saya hantar kemana?” tanya si pemandu.
”Ayer Tawar. Pekan Ayer Tawar” si gadis menjawab ringkas. Masih tunduk. Dari mula kereta ini bergerak..baru ini dia sedar…dia belum memberitahu pemandu kemana dia hendak pergi. Dan………kenapa panggilan “MAK CIK’ sudah bertukar “ADIK”???

“Ooooohh.. dekat je tu..10 minit boleh sampai’ si pemandu menjelaskan sambil membetulkan kedudukan di kerusi…kerana... sejak tadi asyik bertanya nama si gadis itu sehingga terubah sedikt kedudukannya.

“Kalau macam tu saya akan pandu perlahan sikit sebab banyak yang saya nak tanya adik” sambung si pemandu.

Sigadis makin resah. Terus diam dan berdoa agar dirinya selamat dari sebarang bahaya.

“ Adik nama apa sape?...” sekali lagi soalan yang sama diajukan si pemandu. Entah kali berapa soalan ini diulanginya.

Si gadis terus berdiam. Dia tidak kenal si pemandu yang ditumpanginya itu. Dia langsung tidak mengetahui raut wajah si pemandu itu. Ape yang dia tahu, si pemandu mempunyai rangka badan yang besar berdasarkan dari saiz peha si pemandu yang besar 2-3 kali ganda…..ya..,,itu pasti…

Sigadis beranikan diri mengangkat muka memandang luar tingkap..seketika hatinya lega. Dia kenal jalan ini. Ini jalan menuju ke Pekan Ayer Tawar. Hatinya gembira. Dia mula berasa bersalah dengan tanggapan awal pada si pemandu.Sudahlah diberi tumpang, lagi hendak salah erti padanya. Namun bukan itu maksud si gadis..dia hanya berhati-hati setelah mula merasa tersilap langkah.

”Mmmm.. boleh tak kalau tak payah tahu nama saya. Lagipun mungkin ini kali pertama dan terakhir kita berjumpa” ungkap si gadis setelah lama membisu.

”Semua orang ade namanya. Yang baik atau yang buruk. Kalau adik tidak mahu bagitau, biar saya yang namakan adik…” si pemandu terus beramah.
Memang sedari mula si gadis menaiki keretanya, si pemandu amat ramah menceritakan itu dan ini.

” Beginilah...saya namakan adik ni SUMAIYAH” sambung si pemandu setelah diam seketika. Mungkin memikirkan nama yang sesuai untuk si gadis yang menumpanginya itu.

Si gadis diam. Dalam hati tetap berbisik ” Terpulanglah…nama itu memang sedap dan ada dalam sejarah wanita Islam”…

“ Saya akan panggil adik SUMAIYAH kerana bicara adik yang sedikit dan ‘appeareance’ adik yang mencerminkan wanita Islam” Jelas si pemandu tanpa dipinta.

“ …SUMAIYAH adalah wanita pertama yang syahid kerana ALLAH di zaman Rasullullah..kalau saya tidak silap “ ucap si pemandu lagi.

“ Dalam kelembutan nama itu, ada ketegasan yang tidak dapat dilembutkan walaupun diancam dengan merebus anak kesayangan”..si gadis diam mendengar luahan si pemandu

“Boleh hentikan saya disini sahaja? Saya dah nampak ayah dan adik saya di stesen bas tadi.” Tiba-tiba si gadis meminta..

“ Saya minta maaf jika saya terkasar dengan saudara. Terima kasih kerana menumpangkan saya. Dan terima kasih juga dengan panggilan SUMAIYAH untuk saya. Terima kasih sekali lagi” si gadis mula mengemaskan barang-barangnya sambil berkata-kata.

Sigadis keluar dari kereta dengan penuh kesyukuran kepada Allah yang telah memberi keselamatan kepadanya. Si gadis berlalu tanpa melihat wajah si pemandu buat kali terakhir. Dia benar-benar ingin cepat sampai kepada abah dan adiknya yang sedang menunggu.

Si pemandu dan kerata berlalu pergi. Dan si gadis berpaling ...melihat kereta yang bergerak…TERIMA KASIH…..

Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan dan pengalaman yang bermakna buat si gadis. Si gadis mula mengingati nama SUMAIYAH dan berasa amat sayang kepada empunya nama tersebut. Lalu terpahatlah nama SUMAIYAH pada diri si gadis ...dan nama itulah yang digunakan oleh si gadis untuk segala urusan tidak rasminya ...semoga si gadis dikurniakan semangat dan peribadi SUMAIYAH, wanita agong disisi Islam....

3 comments:

masni qisrine said...

hey...i know thz story...
hehehehe....

kjtorj said...

hello...can i become your friend?

sumaiyah_nda said...

masni qisrine : Cerita lama....

kjtorj : yes, my pleasure

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh