Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

05 June 2009

OH PERMATAKU! OH HIDUPMU...

' Amira nak solat dengan ibu tak?"...aku bertanya pada permata sulongku yang dah 5 tahun itu. Leka benar dia menonton rancangan kesayangannya 'Mr bean- Animated Series' di Astro Cartoon Network.

" Amira tak nak la..amira nak tengok Mr. Bean" jawab anak ku tanpa bergerak langsung dari tempat duduknya itu. Mendengarkan jawapannya itu aku terus mengambil air wudhuk untuk solat manghrib. Dah lebih 10 minit maghrib berlalu. Astaghfirullah...Selesai saja solat aku panggil lagi permataku itu untuk membaca Jaamma nya.

" Amira nak tengok Mr. Bean " jawab anak ku lagi. Geram pula aku mendengar jawapan yang stereotpye tu. Jika dibiarkan.. akan melaratlah dia dengan jawapannya itu. Lalu aku mencapai remote..menghalakan remote ke tv sambil berkata.." Amira nak ibu tutup tv ke atau nak baca quran sekarang ?.." aku cuba mengawal nada suaraku agar tidak naik. Cuba berlembut walau hati dah mula rasa panas. Dicucuk syaitan lah tu.

Permataku bangun dan mencapai Jaammanya.

Aku bukanlah pandai dalam mengajar membaca quran. Malah aku tidak pernah belajar disekolah tahfiz atau sekolah agama. Aku cuma belajar mengaji di rumah tok guru yang terletak di kampung belakang rumah ku. Itu sahaja ...tapi aku nak anak-anak ku biasa dengan pengajian Al-Quran. Sebelum anakku mengenalinya dari guru yang professional mengajarkan baik tentang duniawi mahupun akhirat..aku mahu anakku didedahkan dirumah terlebih dahulu.
Namun, sudah pastilah banyak perkara yang akan dipelajari disekolah dengan sistem yang lebih teratur.

Mengajar anak-anak semestinya menuntut setinggi-tinggi kesabaran dan pengorbanan. Bukan sahaja kepada yang diajar malah juga si pengajar. Aku berharap agar aku tidak sekali-kali berputus asa untuk memberi tunjuk ajar kepada permataku yang kian membesar...dan semakin banyak bertanya itu dan ini..kenapa itu..kenapa ini..sehingga mati ayat dibuatnya. Sehingga tiada lagi jawapan yang sempat difikirkan untuk menjawab soalan yang berterusan dari permata hati itu.

Aku bukanlah ibu yang terbaik jauh lagi untuk dikatakan sempurna..cuma..setiap ibu mahukan yang terbaik untuk permata mereka..tidak dinafikan aku juga. Kerisauan tidak dapat dibendung apabila melihat permata belum dapat mengenal huruf, mula bertindak kasar dari kebiasaan, mula pandai memberi alasan dan pelbagai lagi.

Untuk permata sulong ku...selepas sessi pengajiannya itu..aku memberi penerangan padanya..."Amira kena rajin solat dan mengaji ya. Teacher dah ajarkan?. So, Amira kena solat dengan ibu bila dirumah. Nanti Amira akan jadi orang yang baik kalau rajin solat n mengaji. Amira nka jadi baik tak?" Permataku yang sedari tadi nampak sedih dengan tindakanku, mengangguk perlahan..lalu menjawab...

" Amira nak baik macam spongebob,... strawbery shortcake..." dan ntah ape nama lagi yang tak jelas kedengaran lantaran permataku itu agak kurang teratur pertuturan dan sebutannya.


'Next time , tak nak cakap tak nak solat ya.." sambung aku lagi..." OK" ringkas saja jawapannya dan berlalu ke depan tv semula selepas mencium tanganku...

Oh Permataku.. Oh Hidupmu....

" Ya Allah.. jadikanlah zuriatku dan ahli keluargaku...orang-orang yang sentiasa mengerjakan solat dan tetapkan lah hati kami dengan kepercayaan kepada MU YA ALLAH..Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberikan HIDAYAH kepada kami.....Jauhkanlah kami dari kesesatan dan kekufuran. Jauhkanlah kami dari bencana didunia dan kesengsaraan di akhirat... Amin.

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh