Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

15 August 2009

Pergi Yang Tidak Kembali....

Sabtu...

Hari ini hari cuti umum...hari yang memang dinantikan. Hari yang harus digunakan sebaiknya sebagai isteri dan ibu. Hari yang baik untuk merehatkan fikiran yang semestinya bersama suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi.
Apa yang ingin saya coretkan disini??




Jumaat pagi saya bermula seawal 5.45 pagi. Perjalanan ketempat kerja -UiTM Shah Alam sekian kalinya ditemani oleh radio kerajaan...KL.fm, segment yang dinantikan adalah Al-Zikra...minggu ini Ustaz Wan Sohor Bani Leman pula menyambung cerita sirah nabawiah- Nabi Sulaiman a.s. Dalam pada mendengarkan ceramah ustaz, tetiba telinga saya menangkap sepotong ayat dari ustaz...tentang pemergian Ustaz Asri (ketua kumpulan Nasyid Rabbani). Saya memperkuatkan lagi tingkatan suara radio yang dibuka. Amat terkejut dengan berita yang baru saya dengar lantas mulut menuturkan...Innalillahhiwainnailaihirajiun

Saya mengikut ustaz membaca surah Al-Fatihah dan mengaminkan doa yang turut dibacakan oleh ustaz. Sungguh hati saya berasa sayu dan sedih dengan pemergian seorang yang saya kira golongan alim di dunia ini. Saya tidak tahu kenapa saya merasa begitu di pagi itu.


Akhirnya saya mendapat tahu dari Faz dan Mus bahawa ustaz Asri meninggal semalam pagi ( Khamis ) kerana serangan sakit jantung. Dikebumikan di Seksyen 21 dan beliau baru berusia 40 tahun. Usia yang muda dan saya tidak jangkakan akan perkara ini.


Hati segera tersedar bahawa semua kejadian dilangit dan dibumi adalah urusan Allah s.w.t. Setiap yang bertemu ada perpisahannya begitu jugalah yang hidup, pasti akan mati juga akhirnya. Alam kubur adalah tempat persinggahan pertama bagi perjalanan roh sementara menunggu hari akhirat yang akan datang.


Hati berdetik lagi...semoga roh ustaz Asri dirahmati dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Begitulah janji Allah pada setiap yang hidup. Janganlah lupa perkara yang memang pasti. Janganlah lupa kemana kita akan di tempatkan. Janganlah lupa bahawa kita juga akan menemui saat yang telah ditetapkan Allah. Janganlah kita lupa.....



Kita tidak tahu bila masanya akan datang untuk kita....memikirkan ini...hati menjadi gerun...



Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa hamba mu yang hina ini...Ampunilah dosa ku Ya Allah....



Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah....Sesungguhnya kami tidak layak untuk syurga Mu Ya Allah, namun...kami sekali-kali tidak sanggup menahan siksaan api neraka Mu Ya Allah....Ampunilah dosa - dosa kami Ya Allah...Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengampuni.


Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kecil kami Ya Allah.....



Amin.....

1 comment:

masni qisrine said...

pergi yg xkembali
perjalanan hidup yg pasti
akn kita tempuh...

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh