Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

07 August 2009

Pergilah Kau H1N1!!!!

Berikut adalah secebis berita dari TNB....kenapa TNB??.....heheheh

From: Normah Binti Tehe
Sent: Wednesday, August 05, 2009 3:55 PM
To: Anita Perumal; Zulkifli Ahmad (Perhubungan Awam & Media)
Cc: Zainab binti Zainun

Subject: Kematian Anak Anggota Kerja (H1N1) TNB Tampin


Salam Sejahtera, Dukacita dimaklumkan seorang anak anggota kerja TNB Tampin En. Samsudin b. Abdul Hamid, P/No. 10081480, Juruteknik T/B telah meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1). Butir-butir adalah seperti berikut:

Nama Anak : Iffah Syazwina binti Samsudin Berumur : 3 tahun
Meninggal Dunia : 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang di Hospital Melaka.

Beliau sekeluarga diarah menjalani kuarantin sehingga sembuh. Sekian dimaklumkan.





Perjalanan ke opis saya bermula pada pukul 6.35 pagi. Dalam perjalanan saya biasa mendengar radio dalam kereta. Channel pilihan semestinya 67.2 -KL fm. Pada 6.45 pagi biasanya akan ada segment Al- Zikra. Minggu lepas Ustaz Wan Sohor Bani Leman membawa sirah nabi-nabi.
Minggu ini tiba giliran Ustaz Sulaiman Mustaffa pula. Biasanya Ustaz Sulaiman membawa tazkirah berkenaan kehidupan seharian, tetapi pagi ini beliau terpanggil untuk membuat tazkirah berkenaan rawatan alternatif cara Islam. Saya memang biasa mendapat email tentang khasiat madu, kurma, buah tin, habbatus sauda' dan pelbagai lagi. Tetapi apabila ia ditekankan oleh para ulama, saya merasakan perkara ini telah menjadi serius. Lalu terpanggil juga untuk mendengar dengan teliti apa yang bakal di sampaikan oleh ustaz.


Antara cara pencegahan penyakit (sekarang ni H1N1) adalah :


1) Bacakan surah Al-fatihah dan hebuskan pada makanan atau minuman yang hendak di saji. Buat ibu-ibu yang prihatin, lakukan cara ini ketika menyediakan susu untuk anak-anak. Boleh juga dibacakan ketika sedang memasakkan makanan untuk keluarga.


2) Usahakan mencari madu asli dan minumlah. Bagi anak-anak yang susah hendak mengambil

madu..terpaksalah diusahakan juga dengan kekreatifan masing-masing.


3) Makanlah Habbatus Sauda'


4) Banyakkan makan kurma, kismis, buah tin dan anggur.


5) Makanlah buah delima. Ustaz kata buah delima adalah buah dari syurga. Buah-buah yang disebut diatas juga adalah buah-buah yang disebut dalam Al-Quran


6) Berdoalah kepada Allah agar dihindari dari sebarang penyakit berjangkit dan kesengsaraan

Akhirat


Nampaknya ini sahaja yang dapat saya ingat. Saya harus berusaha mencegah penularan penyakit berjangkit pada keluarga tercinta.
Ustaz berkata lagi, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Maka jika bertemu penyakit dan ubatnya..makan dengan izin Allah sembuhlah kita....



1 comment:

masni qisrine said...

info yg berguna ni
thx

p/s: bila nk jumpa yer??!!!

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh