Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

10 September 2009

Awak Dilamar.....Siri 1

Jumaat,
Julai 2009


"Biar akak teman awak"..saya meng'offer' diri untuk menemani Jaja menghantar dokumen baucer di Pejabat Korporat. Semestinya perlu menaiki kereta untuk kesana. Dek risau dan kasihan dengan keupayaan rakan seopis saya itu, sementelahan sedang mengandung pula....maka saya menawaarkan diri untuk membantu. Lagipun, tiada siapa lagi di opis yang boleh membantu lantaran semua staf menghadiri kursus selama seminggu..Yang tinggal hanya saya dan 4-5 rakan lain untuk melakukan semua kerja.Semua staf W17 menghadiri kursus penggunaan sistem kewangan selama seminggu.



Pemergian saya ke Pejabat Korporat dengan tidak sengaja itu telah menjadi kenangan bermakna kepada saya selamanya.....



AWAK DILAMAR...



'Sebenarnya...ada orang melamar awak...' ucap Boss Besar Jabatan seketika selepas saya dipanggil untuk 'mengadap'.. sedang tekun menunggu Jaja menyelesaikan tugasnya.



Saya hanya membulatkan mata...rasa macam tak faham..tapi seperti faham pula...terkejut pun ada...kerana beliau memulakan bicara dengan bertanyakan perihal anak- anak saya.. tidak sangka sebenarnya beliau ingin menyampaikan berita yang agak mengejutkan itu.



'Awak dilamar oleh Bahagian lain"........



Alhamdulillah...barulah saya faham benar...dengan perasaan yang bercampur baur...beliau terus memberi penerangan kenapa , mengapa, bagaimana, macammana, bila...serta beberapa tips berguna....agar saya lebih faham dengan maksud yang hendak disampaikan.



Saya tak boleh berfikir lagi pada ketika itu..saya hanya mengawal diri untuk tidak bertindak yang boleh memalukan diri...semua rasa ada...terasa merah muka menahan semua perasaaan yang menghinggap......



Saya keluar dari bilik Boss Besar dengan masih tidak percaya dengan apa yang bakal saya tempuhi selepas ini...




KENAPA INI SANGAT BERMAKNA KEPADA SAYA???

SAYA ADA JAWAPANNYA...



Inilah Jumaat yang penuh rahsia....

3 comments:

Mrs Azuhaizat said...

salam my fren..apakah rahsia di hari Jumaat tu? aku pun teringin nak tau jugak.. :)

ibusumaiyah said...

w'salam.....jumaat yang penuh rahsia..datang tanpa diduga...insyaAllah aku cerita di siri seterusnya...

cerita ini bersiri..hehhehe

Selamat berpuasa dan hari raya...(in advance)

masni qisrine said...

errr...baru nk bertanya...
rahsia lah pulak

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh