Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

12 October 2009

Awak Dilamar - Keliru -Sr 2

Perasaan tidak karuan masih bertahta.

"Kenapa Boss panggil akak?" Jaja kehairanan. Memang patut pun dia berasa hairan. Manakan tidak..tujuan saya datang bersamanya adalah semata-mata mahu menemani dia tetapi sebaliknya pula yang terjadi, dia pula yang terpaksa menunggu saya agak lama.

" Tak da ape, dia cuma tanya pasal anak dan workload kerja sekarang" saya menjawab basi.

" Kenapa lama sangat Kak.. mesti ada apa - apa ni"...Jaja cuba mengagak..sambil memandu...

Tidak tahu dimana hendak dimulakan..maka saya hanya mengambil keputusan untuk tidak bercerita tentang perkara itu...Cuba sedaya upaya untuk mententeramkan diri sebaik mungkin. Cuba untuk tidak menunjukkan riak wajah yang saya sendiri tidak tahu bagaimana yang sepatutnya ia ditunjukkan...


Dipanggil dan disoal

Dipanggil dan disoal oleh boss jabatan memang agak merimaskan. Masih merasa tidak selesa dengan soalan-soalan yang boleh dikatakan lebih kepada 'andaian' dari boss jabatan berkaitan hal 'lamaran' tersebut .

Rimas...namun soalan atau andaian dari boss jabatan harus di jawab dengan terang.

" Bagi memenuhi permintaan Boss Besar, saya perlu tanya awak..sama ada awak terima atau tidak lamaran dari mereka? " Boss jabatan bertanya.

Saya telah maklum bahawa dia juga telah maklum tentang jawapan yang telah saya terpaksa berikan. Tapi kenapa hendak bertanyakan soalan itu lagi?

Lalu ..." Jika Haji benarkan.. saya terima saja"..itu jawapan saya.


Demi Masa Depan

" Saya terpaksa benarkan ..kerana ini berkaitan dengan masa depan awak juga" boss jabatan memberi penerangan.

Masa depan?? adakah masa depan saya hendak diatur mereka? bolehkah begitu?

Keliru

Walaupun keputusan telah diberikan. Dan ia diberikan oleh saya sendiri sejak dari awal lagi, kini saya telah dilanda kekeliruan...perasaan yang tak dapat dibuang pada ketika itu dan merimaskan telah membawa saya kepada usaha untuk bermunajat dan memohon bantuan petunjuk dari yang Maha Mengetahui.

Bimbang jika keputusan yang telah saya ambil itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada saya dan keluarga khususnya.. Lantaran membuat keputusan terlebih dahulu tanpa memohon petunjuk dariNYA.. adalah sesuatu yang perlu dijauhi.. Dengan keresahan dan kekeliruan yang menebal..saya mohon ampun dari Allah yang berhak seluruhnya keatas kehidupan saya di masa lampau, sekarang dan juga akan datang...

" Ya Allah , tuhan yang Maha Agong , Maha Bijaksana, Maha Mengetahui... Sekiranya kata putus yang telah aku berikan sebelum ini akan mendatangkan mudharat kepada aku dan keluarga ku..akhlak serta ibadahku , jauhilah ia dari ku..namun sekiranya ia akan memberi kebaikan kepada aku dan keluarga ku serta akidah dan ibadah ku.. maka aku mohon petunjuk dari Mu...agar dipermudahkan urusan hamba Mu yang hina ini Ya Allah..

Jauhilah aku dari terpengaruh dengan bisikan syaitan....

Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang Mengetahui segala sesuatu di alam ini...Amin"


SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH...

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh