Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

15 October 2009

JANGAN BACA ENTRY INI!!!!!

Kali ni saya nak buat entry yang hiruk pikuk...sebab didalam kepala saya sekarang memang sedang terjadi pelanggaran maklumat yang boleh menyebabkan hiruk pikuk sebentar seterusnya memberi kesan kepada empunya badan.

Bermula dari perasaan 'tak ade mood' nak menghadiri meeting mingguan di opis..melarat pula apabila disalahertikan oleh pengerusi majlis ..serta di bantai dengan dipaksa mengambil kerja orang lain yang kononnya kerana sayalah sumber utama bagi maklumat yang diperlukan...Ditambah pula dengan kekalutan menyiapkan kerja yang sedia ada kerana perlu mengikut due date yang di tetapkan...ISO lah konon... (tapi itu memang kerja saya yang hakiki..yang telah saya tAHU ape yang perlu dibuat pada sekian hari dan siap pada sekian hari...) di darab lagi dengan hambatan masa yang memerlukan komitment saya untuk menyiapkan serta menyudahkan kerja - kerja tertangguh lantaran akan bertukar pada bulan hadapan....

Keputusan meeting semalam..walaupun selama ini saya selalu bersedia dengan apa juga kemungkinan...namun pada kali ini ia membuatkan saya rasa geram...terasa seperti 'SENGAJA' di tujah begitu....biasa benar kalau staff lain tak dapat siapkan kerja mereka, saya juga yang kena buat, kalau staff lain dah buat ok pun..then terjumpa yang silap sikit..minta pendapat dari saya..minta ditolong..lama-lama saya juga kena buat....

Semua hal yang staff lain sangkut ..bahagian saya juga yang dikerah dan diarahkan membantu ..bukan sahaja bantu..malah disuruh buat sehingga selesai..tanpa memikirkan work load kami yang sedia ada yang memerlukan masa yang panjang untuk di siapkan...tapi..tiada pula kami mohon pertolongan...hehe..bukan tak nak minta tolong..tapi org tak berminat dengan kerja bahagian saya..dikatakan leceh, dan tak pandai nak buat...alih-alih saya jarang meminta pertolongan..saya dan anak-anak buah akan 'mengerjakannya' sendiri....lain pula kalau bahagian lain, yang selalu 'mencuri' anak buah saya sehingga kerja sendiri terbengkalai dan terpaksa dibuat dihujung tarikh yang ditetapkan. Ini selalu menyebabkan hasil kerja anak buah saya terganggu... kesian betul...

Sudahlah kebanyakan kerja rumit dan 'simple bodoh' di serahkan kepada kami..dengan ayat mohon tolong yang menyakitkan...disuruh pula menyiapkan kerja semasa mereka jika mereka tersangkut...yang peliknya..selalu sangat tersangkut....

Style di sini pulak..tak boleh dibantah..kena setuju juga..walaupun tak suka....jika tidak, lagi teruklah di'kerja'kan. Susah hati betul.. tak tahu macammana nak selamatkan pengganti saya dan anak buah yang setia.....

Aduh....!!!!!!! tak tahulah kenapa rasa macam ni..kenapa dingadu damba kat sini....mungkin saya boleh berharap agar tiada siapa membaca catatan ini...kerana saya hanya ingin meluahkan perasaan yang geram ni.....gerammmmmmmm sangat...

Perasaaan geram ni membuak sebab ... sudah pastilah..rakan yang akan menggantikan tempat saya di pertanggungjawabkan sepenuhnya selepas ini...dan anak buah saya juga akan dikerjakan secukupnya oleh mereka yang pentingkan diri .....

Kenapa kita selalu rasa diri kita sahaja yang disuruh dan diarah?? adakah ini perasaan yang tidak sepatutnya saya rasakan ? adakah saya mengadu domba???

Ya Allah...Aku insan yang lemah lagi hina...sabarkan hati ku..tenteramkan perasaan ku..Permudahkan urusan ku di dunia dah akhirat..AMPUNI DOSA KU YA ALLAH......

....................

2 comments:

Mrs Azuhaizat said...

aku faham perasaan hang, agaknya inilah lumrah alam kerjaya, bila boleh dan mampu buat sesuatu, kita ja kena..bila salah kena, bila selesai dengan jayanya, tak ada pula penghargaan bukan nak sangat puji-pujian tapi sekurang-kurang kenangkanlah jasa org2 yg berkenaan tu..

sumaiyah_nda said...

azuhaizat : memang ye pun..memang seperti entry hang tie...aku dah 6 tahun selalu kena macam tu...sekali pun tak pernah sapa-sapa ucap terima kasih pun...walhal..aku kena menolong sampai tido lambat...balik lambat....

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh