Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

28 October 2009

Perihal Perokok


28/10/09
Rabu

Salam,


Pagi tadi selepas hantar Qaseh ke rumah Mak Nab (pengasuh Qaseh), saya singgah di kedai runcit dihujung jalan masuk ke Padang Jawa. Tujuannya hanya nak beli planta untuk dimakan dengan roti Gardinier yang dah ada kat opis. Tekak ni sejak dua menjak ni pandai pulak nak makan itu dan ini.


Ramai jugak yang sedang menunggu giliran untuk membayar dan membeli barang di kaunter bayaran. Tak beratur pun..tapi lebih kepada menunggu giliran..dalam 7 orang yang sedang menunggu itu...saya lah orang terakhir yang dapat membayar harga planta yang dibeli...yang lain semuanya membayar untuk harga ROKOK.....


" nak rokok ...."

" bagi rokok...."

Saya tak tahu sangat jenis rokok ni.. yang tahu cuma Dunhill, Salem, Malboro, Gudang Garam ....lagi..tak ingat dah nama -namanya...yang diketahui ni pun tak tahu sejauh mana kewujudannya sekarang ni... ada lagi ke tak...


Semasa menunggu giliran untuk membayar sempat lagi memiikirkan adik-adik saya yang juga merupakan perokok tegar... terbayang pula Pak Su yang telah meninggal 2 tahun lalu disebabkan masalah jantung akibat merokok dengan 'kuat' sekali...ngeri juga mengingatkan iklan yang memaparkan kisah-kisah pesakit dihospital tentang penyakit-penyakit yang boleh dihidapi dari tabiat merokok.


Terbayang -bayang juga banyaknya duit yang terbakar dari nyalaan kaki perokok.

KISAH


Saya ada 4 orang adik lelaki...kesemuanya pernah merokok dan 3 darinya masih lagi tak serik merokok. Hanya seorang sahaja yang telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah. Tahniah kepada adik saya yang berjaya melawan nafsu merokok itu. Teruskan menjauhkan diri dari rokok durjana itu.


Kepada 3 orang lagi adik saya... hanya doa je lah yang boleh dipanjatkan agar mereka sedar dan berubah...Pelik juga, Arwah abah tak pula merokok tetapi anak-anak lelakinya pula yang melawan tokey..hmmm


Arwah Pak Su meninggal secara tiba-tiba selepas sesak nafas sewaktu sedang berehat selepas menoreh getah diladang mereka. Memang Arwah Pak Su memang berulang-alik ke hospital setahun sebelum tu. Cuma pada hari tersebut Arwah mengajak isterinya menoreh getah di ladang mereka dan telah sesak nafas terus pengsan. Arwah dikejarkan kehospital dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa sampai disana. Menurut doktor keadaan jantung Arwah sudah lama tidak 'elok'. Arwah telah dinasihatkan berhenti merokok tetapi...mungkin sudah terlambat.. dan ajal maut juga telah ditentukan Allah. Kita yang hidup inilah perlu memikirkan apa yang terbaik untuk mendapatkan keredhaan Allah. Bila ada redha dari Allah pasti hidup akan diberkati.


Dalam pada mengenangkan orang lain, saya bersyukur sungguh pada kurniaan Allah akan suami yang tidak merokok. Malah saya percaya bahawa suami saya tidak pernah merokok. Daripada ceritanya, beliau pernah tinggal serumah dengan mereka yang merokok 'kuat' sewaktu mudanya dahulu ( belajar n bujang ) namun dia tetap setia dengan jati dirinya tidak teringin pula untuk mencuba. Saya percaya dengan pegangan teguhnya pada bahaya merokok telah menyelamatkan beliau dari godaan tabiat 'buruk' yang membunuh diri itu.


Nasihat


Saya tak ingin memberi nasihat kepada perokok tegar kerana saya tidak mempunyai hasrat untuk menegur atas perkara yang kerajaan dah berusaha gigih untuk mengubahnya. Malah fatwa juga telah mengharamkan rokok itu. Perokok sendiri sedar akan kesan- kesan buruk yang bakal mereka terima dan hadapi tapi masih merelakan diri. Jadi..apalagi yang boleh saya katakan selain menggelarkan mereka sebagai 'pembunuh diri sendiri' . Jika dengan adik-adik saya, dah berbuih ( lebih buih dari buih sabun fab) kami sekeluarga menasihatkan...at last dijadikan bahan lawak pulak...


Namun saya tetap berdoa agar mereka berubah. Pada yang sedang berubah, saya mendoakan agar dikuatkan semangat untuk melawan nafsu yang menggoda. Selebihnya terpaksa diserahkan kepada empunya badan sendiri.....



Jika tidak.. masakan saya menjadi hanya SEORANG dari TUJUH orang yang TIDAK membayar untuk harga rokok pada pagi ini.



Sekian....

1 comment:

m.q said...

merokok mmg bahaya
sokong sokong

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh