Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

18 October 2009

Saya Perlu..........

Salam...

Ketika saya membuat enrty ni..dah seminggu perkara itu berlaku...walaupun begitu kehidupan di opis tetap berjalan lancar seperti tiada apa yang menyakitkan...hmmm...tak tahu macammana saya boleh overcome perkara ni..boleh pula saya tak merajuk panjang atau cuba berbalas dendam..atau sekurang-kurangnya berdendam ke ..apa ke...(walaupun tindakan saya MUNGKIN nampak seperti berdendam n nak merajuk)...

Mungkin doa saya di makbulkan Allah...Alhamdulillah...memang ini lah yang saya mahukan...saya tak mahu perkara ini mengganggu aktiviti sibuk di opis...saya nak siapkan perkara tertangguh sebelum diserahkan kepada pengganti saya...setiap orang ada cabarannya sendiri...saya sentiasa berdoa agar tidak di timpa cabaran dan dugaan yang tidak boleh saya tangani. Saya sentiasa berdoa agar tetap berhubungan baik dengan mereka yang telah secara sengaja atau tidak ' mengenakan' saya..selain mahu sentiasa memaafkan orang lain..

Namun, saya masih gagal menahan perasaan (marah / geram ) apabila kejadian menyakitkan hati terjadi......kalau dahulu saya akan berkongsi dengan rakan opis selepas kejadian ..tapi sekarang 'bercerita di alam maya ' pula...saya rasa saya telah melakukan kesilapan....

Saya perlu lakukan sesuatu..saya perlu lebih mengawal perasaan...saya perlu belajar lebih gigih memaafkan orang pada ketika marah...bukan selepas itu...saya perlu berfikiran lebih matang dan rasional walaupun kengkawan kata saya dah matang.... Saya perlu belajar lebih tenang menghadapi situasi genting seperti ini....


saya perlu SENYUM SELALU....


SAYA PERLU..............

DOA KAN SAYA.....

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh