Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

04 November 2009

Betulkan Niat..Setiap Hari....

Salam...

Walaupun saya baru 3 hari berpindah ke opis baru tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kerja dan tugasan telah tersedia untuk dijalankan..bukan nak tunjuk rajin tapi keadaan lebih mengembirakan bagi saya jika saya tak perlu melengung panjang atau menahan perasaan mengantuk akibat tiada tugas yang perlu dibuat. Alhamdulillah bos-bos juga telah siap-siap menyediakan tugasan yang perlu diselesaikan disamping boleh belajar terus tugasan hakiki saya di opis baru.

Untuk simpanan memori saya, ingin saya catatkan disini, perpindahan saya ke opis baru adalah atas permintaan/pilihan dari bahagian terbabit untuk menggantikan staf yang telah dinaikkan pangkat dan perlu berpindah opis. Kenapa mereka memilih saya??...Boss BESAR memang dah memberi penerangan sewaktu mengadap beliau secara tidak sengaja di suatu pagi Jumaat yang lalu-lalu. Pertanyaan yang sama juga saya ajukan kepada Pemilih saya kerana bimbang juga ..memandangkan lebih ramai lagi yang LEBIH layak untuk ditempatkan di tempat yang mencabar ini. Saya juga tidak menafikan opis baru saya ini merupakan Bahagian yang agak paling PENTING dalam U ini. Itulah sebabnya saya merasakan tidak layak langsung untuk dijadikan sebagai pengganti kerana bagi saya ada beberapa figure yang sememangnya amat layak untuk kekosongan disini.

Saya ingin benar mengucapkan terima kasih buat kesekian kalinya pada Cik Haz (bukan nama sebenar) atas kesudian beliau memilih saya. Saya juga bersyukur kepada Allah yang Maha Mengetahui atas kurniaan rezeki yang tidak diduga ini iaitu perpindahan dalam jangka masa yang tidak pernah saya fikirkan...lebih 6 tahun saya mendoakan perkara ini...Alhamdulillah.


'Naik pangkat ka?'
'Dapat Kanan yer?
'Minta tukar ke?


Atau yang lebih kurang sopan tanpa memikirkan perasaan saya...." pandainya bodek ...kalau tidak macam mana boleh dapat ni.."

Itu adalah sebahagian soalan dan kata-kata yang diajukan pada saya pada kali pertama meraka dapat berita ini. Ada juga yang bertahniah, yang terkejut, tak berkata apa-apa, yang bersedih, yang meminta untuk tolak perpindahan dan macam-macam lagi....yang menyampah=suka tak tahulah pulak ade ke tak (ehhehehe)...

BETULKAN NIAT SETIAP HARI

Saya tidak naik pangkat..
Saya tak minta tukar pun...(tak de bukti kan)
Saya BUKAN KAKI BODEK.....


Semenjak JUMAAT ITU, walaupun memang saya gembira dengan 'lamaran' yang disampaikan, namun perasaan gusar dan takut tetap ada. Dengan itu, saya berusaha membetulkan niat SETIAP HARI....ia juga telah menjadi doa sejak sekian lama...bahawa perpindahan yang bakal saya hadapi hanyalah atas tujuan mencari pengalaman kerja baru dengan tugasan baru dan suasana yang baru. Dan paling utama kerana Allah. Saya berusaha keras membuang jauh-jauh perasaan tak sabar pindah kerana perasaan lain-lainnya ...saya bukannya orang yang baik sangat pun. Jauh sekali nak kata sempurna....memang banyak lagi yang perlu saya belajar terutama bab mengawal perasaan dan kata hati. Namun untuk perkara ini, saya memang berusaha memastikan niat saya diperbetulkan setiap hari agar tidak makan diri.

" kalau saya jadi akak...saya tak pikir kerja dah..saya fikir nak pindah je"....kerap kali jugak rakan seopis bergurau dengan ayat ni....

Lama kelamaan saya jawab...." seb baik akak jadi diri akak.."...

Masih ingat lagi kejadian yang menimpa sahabat saya yang disenaraikan untuk ditempatkan di satu tempat baru. Beliau mula tidak mengambil kisah lagi dengan kerja yang masih dibawah tanggungjawabnya kerana masa berbaki tidak lama lagi untuk berpindah. Tugasan dijalankan ala kadar sahaja. Nampak gembira yang amat sangat.

" Argh...saya maleh dah nak tengok semua tu...saya dah nak keluar dah...." pada saya sendiri dia katakan ayat ni..senyum-senyum lagi...

Allah adalah Penentu yang Maha Hebat. Beliau tidak jadi berpindah. Akibatnya bertimbunlah kerja yang perlu dikerjakan semula oleh sahabat saya itu. Setinggi meja dokumen yang perlu ditengok balik..Dari situ jugalah saya belajar dan ingat untuk kuat berusaha membetulkan niat ...SETIAP HARI....


Dan di opis baru..saya telah menanam azam dan niat yang baru....saya juga mohon persetujuan suami untuk dijadikan sokongan agar lebih yakin dan bersemangat dalam menjalankan kerja ditempat baru.........

.....Sekian......

2 comments:

m.q said...

jgn pedulikan org
bt kerja jita saja...okeh

ibusumaiyah said...

wokeh ....seeetttt...

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh