Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

31 December 2009

9 Bulan Dari Hari Ini!!!

Khamis,
31/12/09

Sejak petang semalam lagi saya dah berasa sayu, ditambah lagi dengan berita TV3 malam tadi dan ditambah-tambah lagilah dengan sms pada pagi ini..semuanya membuat rasa sedih & sayu susah nak hilang. Saya pilih untuk luahkan disini...

Gejala jenayah yang semakin berkembang dinegara kita seperti tak ada penguhujungnya..Berita TV3 malam tadi sekali lagi meruntum jiwa sesiapa sahaja yang sempat mendengar..kejadian buang bayi di 2 negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Di Ipoh Perak, bayi perempuan yang cukup sifat itu tergamak di buang di tempat pembuangan sampah dan telah dijumpai oleh pekerja majlis bandaran ketika mengutip sampai di tong-tong besar.

Di Pulau Pinang pula,bayi yang dibuang didalam mangkuk tandas, tersangkut dibahagian kepala ekoran saiz yang agak besar...malah mangkuk tandas terpaksa di pecahkan untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut..

Astaghfirullah....Terdiam tak terkata selepas selesai siaran berita berkaitan bayi malang itu.......saya berdoa Allah akan memberi balasan secepatnya pada B****G ini...

Bagi yang berpengalaman melahirkan anak secara normal..pasti mengetahui bagaimana maha susah dan gentingnya nyawa yang ada pada ketika itu. Masakan tidak, saya sendiri masih akan merasa takut untuk menghadapi saat getir itu walaupun telah 2 kali menempuhinya.

Sungguh tidak dapat digambarkan ape sebenarnya yang difikirkan oleh B****G ini yang sanggup membuang bayinya setelah susah payah mengandung dan melahirkan...tak merasa sakit kah? tak merasa lelah kah membawa kandungan kemana-mana? Kenapa tidak ada perasaan sayang pada bayi tersebut???!!!!!

Tak ade perkataan lagi yang boleh saya terjemahkan sifat begini. Saya pernah terfikir untuk sempat berjumpa dengan bayi (yang dibuang)..dan ia masih hidup..saya akan selamatkan bayi tu...

Tidak cukup air mata untuk mengenangkan saat bayi -bayi ini menghembuskan nafas terakhir dengan dikejami oleh IBU SENDIRI!!!!

Percaya atau tidak...9 bulan dari malam ini...akan lahirlah banyak anak luarnikah...dan mungkin kejadian buang anak lebih meningkat..kerana MALAM INI ADALAH MALAM 1 JANUARI.....

Tidak ketinggalan juga 9 bulan dari malam hari merdeka (31/08/**)...

KENAPA PERLU MEMBUNUH SETELAH MELAKUKAN DOSA???

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh