Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

04 February 2010

Dunia Qaseh : Kena Lagi

04.02.10
Khamis


Semalam, on the way balik dari opis, tetiba Baby muntah. Alamak, dia dah kena lagi!!...Kakak Amira cuba bantu Baby yang duduk di tempat duduk belakang supaya baring...

Sejak itu, Baby mula muntah-muntah, cirit-birit dan terus melepek..tak nak main lagi....malam tadi Baby demam sedikit. Segera mengeluarkan ubat yang di ambil masa Baby kena serangan yang sama bulan November lepas. Ade ubat demam, cirit-birit dan maxalon untuk tahan muntah. Saya guna ubat -ubat tu dulu untuk sehari ini.

Walaupun belum sampai 24 jam, malah sebenarnya sejak semalam lagi badan Baby dah nampak makin susut. Mudah benar nak angkat kesana kemari.

Mana tak begitu, asyik muntah dan cirit-birit keluar air jer...mata pun dah cengkung ...ring eyes/eyes ring (tak ingat mana satu istilahnya)..

Walaupun agak kerap menghadapi masalah begini, tetap risau..bimbang jika ini bukan kesan biasa dari operationnya dahulu..

Tapi..Baby masih nak bagi ibu senyuman...walaupun dah tak boleh nak angkat badan ...masih nak cakap ..'nak pampers..' waktu menukar lampinnya...

Get well soon sayang...

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh