Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

28 August 2010

Petua Masuk Umah Baru....:)

Assalamualaikum...

Menggoogle petua masuk umah baru di internet menemukan aku dgn banyak jenis petua yang diamalkan..ada yang meletakkan gula,garam dan memacam lagi kat dapur masa masuk rumah baru..agar mendapat rezeki yang banyak ... nak-nak plak , artis kita yang buat plak tu...siap masuk TV lagi...adeh...ada yang menanam telur yang telah di jampi (dengan mentera ape? i have no idea) di empat penjuru rumah agar selamat dari pencuri dan sebagainyer.....mmmmmm

Aku? aku google untuk petua masuk rumah yang lebih ISLAMIK...sebab aku orang islam...:)...dalam banyak-banyak yang di google ..hanya satu ni jer yang aku lebih percaya untuk di ikuti..malah selalu gak aku dengar petua cara ISLAM seperti ini...aku google juga, untuk mendapatkan maklumat yang lebih teratur dan boleh diabadikan buat aku dan semua dalam blog kesayangan ku ini...:)..manalah tau..kot tua-tua nanti nak kena masuk umah baru lain plak kaa...heheheeheheh...

Kita hanya berusaha...yang penting, percaya penuh dan berserah segalanya hanya pada Allah S.W.T....kerana segalanya berlaku dengan izin Allah jua...tugas kita adalah BERUSAHA dan TAWAKAL...nampak cam mudah benar berkata kan?...tapi jika di hayati benar erti /praktikaliti USAHA itu...ia menuntut aplikasi dan mungkin juga pengorbanan dari pelbagai aspek...:) .. tenaga, wang ringgit, kepakaran dan memacam lagi lah...lu pikir lah sendiri yer...hehehe

Ini cara yang aku perolehi hasil google-an sebentar tadi...:)

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.


2. Membaca Surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;

"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


3. Banyakkan Solat Dan Membaca Al-Quran

Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;

"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)


4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


5. Pagar Rumah Cara Islam.

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Hi all. How are you?

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh