Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

23 August 2010

Umah Idaman: Tips Pindah Umah

Salam...

Sejak seminggu ni..kami dah start transfer barang-barang -sikit-sikit ke umah sana.....letih ?..tak yah di kenang...kami sama-sama letih..jadual sabtu ahad kami pun dah berubah...

Sambil menggoogle di opis ni...terserempaklah dengan tips pindah memindah ni... untuk permulaan cerita pasal perpindahan ni...meh kiter study dulu tips di bawah...:)

1. Mengemas


- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan didalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.

- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.

- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.

- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.

- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.


2. Asingkan barangan

- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.

- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.

- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.

- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.

3. Keselamatan perabot

- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.

4.  Angkat/angkut/bawa la barangan tersebut berhati-hati.....supaya selamat sampai di umah baru....:)

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh