Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

11 July 2011

TEPATI 6 Perkara Utama ini - Tips Temuduga Paling Asas

Assalamualaikum...dan Selamat Pagi....

Minggu lepas ade interview....tu sebab macam kelam kabut sikit.....menghafal fakta macam nak peksa ujung sem jaaa....nak-nak bila dah tua-tua gini kena ngadap panel dalam interview kan...nak luruh jantung pun ade...walhal bila di soal...cam berbual plak jadinyer....tanya pasal anak..cuti sampai 8 bulan dulu kenapa? wooohooo...hilang rasa nak luruh jantung tu...timbul plak rasa tak puas hati...SEBAB...tak dapat soalan yang dah penat mememorikan tu ..atau ..hal kerja ..atau hal inovasi ker.....hehehe...bukan aper...bila hanya di bual-bualkan jer masa interview..kita pun tak tahu....adakah panel dah tahu kita ni ok ker tak...atau dah ade calon yang sudah terpilih...sebab aku orang ke 4 last untuk sessi temuduga itu....hmmmm....temuduga ape ni?.....mencari SENIOR.....:)

ok lah ...nak kasik tips yang kite dapat masa HR emailkan surat panggilan interview...baikkan HR kita orang...siap bagi tips lagi...

Untuk interview ni...awal-awal lagi dah msg mak n kakak2 n adik kat kampung sumer...minta pesan pada mak untuk doakan aku yang gemuruh ni...;)..sebab tepon umah di kampung rosak...tak dapat ckp direct ngan mak...berjaya atau tidak...itu berserah pada Allah...tapi doa dari mak...itu yang didambakan..;) 




Tips Temuduga Paling Asas
Tepati 6 perkara utama ini  dahulu
Kata orang, "First Impression" adalah penting semasa proses temuduga berlangsung. Sebab kemungkinan besar panel penemuduga tidak pernah mengenali anda sebelum ini. Jadi, sikap dan perwatakan anda ketika inilah yang memberitahu segala-galanya.

Walaupun nampak tidak begitu adil, itulah saja yang boleh dinilaikan oleh panel dalam masa yang sesingkat itu.
Sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu berusaha memperbaiki sikap atau "attitude" sebaik mungkin. Berikut adalah tips bagi meningkatkan karisma anda sebagai calon temu duga;
1. Berpakaian dan berpenampilan kemas serta sesuai untuk menghadiri temuduga.

Tidak kira apa jua jawatan anda, pastikan aspek pakaian dititikberatkan. Usah terikut-ikut dengan kata rakan-rakan anda yang belum pernah ada pengalaman jadi panel penemu duga tu.

Karisma anda akan lebih terserlah jika mengikuti tips asas ini.
2. Tiba 15 hingga 30 minit lebih awal dari masa sebenar temuduga.

Ini dapat mengelakkan anda daripada kelam-kabut, gelabah atau gundah-gulana semasa di lokasi temuduga. Anda juga akan dilihat sebagai bersungguh-sungguh dan komited dengan jawatan yang dipohon.
3. Segala sijil, surat iringan dan resume disusun dengan rapi dalam satu fail khas.

Sediakan salinan fotostat sekali. Jika diminta oleh panel (jika ada 2 atau 3 orang), anda berikanlah salinan berikut kepada mereka.
4. Mengeluarkan suara dengan terang dan jelas semasa berkomunikasi dengan panel.

Jawablah soalan yang diajukan dengan jujur dan penuh yakin. Usah meninggi diri atau sesekali memperlekehkan panel penemuduga. Jika kurang bersetuju dengan mereka, berikan pendapat bernas anda dengan cara yang tegas tapi sopan dan professional.

Selain itu, jangan mudah gelabah jika tidak tahu dengan jawapan terhadap soalan yang diajukan. Nyatakan permohohan maaf kerana anda kurang pasti dengan jawapannya sebenar
5. Jawab soalan yang diajukan dengan tenang.

Elakkan daripada tergagap-gagap semasa menjawab soalan. Ketika memberikan jawapan, pandanglah ke arah panel yang mengajukan soalan tadi. Pandang tepat pada matanya dan tidak menundukkan kepala sebagai tanda yang anda seorang yang berkeyakinan.
6. Tahu atau menguasai bahasa ketiga.

Rata-rata di antara masyarakat Malaysia boleh berbahasa Malaysia, Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing.

Jika anda dapat menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa lain daripada itu seperti bahasa Jepun, German, Perancis, Itali atau Korea, ia adalah bonus.

3 comments:

Rohaizam Rosli said...

waaa best lorr tips2 nih... yela iejam nih bru abeh blajar... so tak lama lg ni kna panggei la kot utk interview ker apa ker... so far kna panggei pegi ujian... so nak kna prepare ler...

ZIPPO MILLER said...

Zippo pernah g interview yang kes x nak tgk kelulusan ape kite ade...diorg ajak beborak...diorg tgk kat situ..perangai kite ni camne ..hurmm

linda a.k.a ibusumaiyah said...

iejam : tu la..ade yang perform masa belajar...tapi tak perform masa interview...so...rugi gak kalau camtu..;)


zippo : a ah...memang ade tu...tapi...tak best camtu..sebab kita rasa cam 'tak de peluang nak dapat jerr"...heheh

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh