Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

14 August 2011

Apa Boleh Dapat Dari RM2.00 ? ~Kerang Rebus & Kerang Pedas ~

Assalamualaikum...dan Selamat Petang..

Ari Jumaat hari tu ada kesempatan pergi mengjengah kedai runcit waktu di waktu rehat. Ternampak sebakul kerang dan aku beli sekilo dengan harga RM2.00...dalam hati nak buat rebus jer kerang tu...tapi!!! bila sampai di rumah ade tambahan idea telah berlaku...hehehehe....

Dengan Kerang RM2.00 Sekilo aku try masak - 1) Keras Pedas/cili   2) Kerang Rebus

Ok ..boleh scroll down...pelan-pelan naaa



-sedang menggelegak atas kuali -


-KERANG PEDAS/CILI-


-Dapat semangguk saiz sederhana-

-Kerang Rebus cicah Sos -

Resepi Kerang Pedas / Cili

- Kerang,
-* Cili Kering, Cili Besar, Bawang Besar, Belacan, Garam, Asam keping ( Cili kering di rebus dan tos, kemudian di blender bersama yang lain)
- Minyak, Bawang kecil, Bawang Putih, Rempah Sup
- Daun Kucai
-Air , Garam, Gula
-Sos Cili dan Kicap

Cara -cara  :
- Masak barang yang di blend (*) sehingga kering airnya, masak tanpa minyak
- Panaskan minyak n tumis bawang kecil,bawang putih dan rempah ( secubit dari bunjut sup), aga perang sikit masukkan bahan yang di masak hingga kering air tadi. Tumis sehingga sebati
- Masukkan Sos Cili dan kicap. Lepas tu masukkan kerang..dan kacau sebentar...Kemudian masukkan air- agak-agak sama paras dengan kerang dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula buat syarat.
- Bila kerang dan masak , masukkan kucai yang dipotong pendek-pendek.
- Kacau dan biarkan kering sedikit ..( kalau suka berkuah , boleh tutup air sebelum ia kering .)

Selesai ........

p/s....SELAMAT BERBELANJA....dan selamat berpuasa..:)

3 comments:

alif haris said...

sedapnye kerang :)
lama dah tak mkn kerang ..huhu

linda a.k.a ibusumaiyah said...

sedap...

ni pun lama gak tak jumpa kerang...sekali jumpa...habiskan jer semua...

Pak Pis said...

Air liur sedang meleleh tanpa henti....mengapa kelihatan begitu enak sekali... :(

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh