Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

02 November 2011

Kisah 2 Sami - Sami Besar Dan Sami Kecil : Surat kan Yang Tersirat


Assalamualaikum....
Aku menjumpai kisah ini dari wall FB ummuhusna..:).Sangat berminat nak di kongsikan ......nak catatkan pandangan ?..di alu-alukan sangat...:)
 Ia menceritakan tentang du...a orang sami ( monk ) yang sedang bermusafir bersama. Seorang digelar sami besar manakala seorang lagi bergelar sami kecil.
Suatu ketika, mereka sampai ke tebing sebatang sungai dan mendapati jambatan yang merentangi sungai tersebut rosak. Lalu, untuk sampai ke tebing sebelah sana, mereka terpaksa mengharungi sungai. Sedang mereka mengharung air yang agak deras itu, mereka menemui seorang wanita cantik, tersangkut pada jambatan yang rosak dan tidak dapat menyeberang ke tebing.

Sami besar menawarkan diri membantu dengan wanita itu berpaut di belakangnya. Wanita itu menerima.

Walaubagaimanapun, tindakan sami besar itu menimbulkan kejutan pada diri sami kecil.

"Bagaimana abang boleh membawa seorang wanita apabila sepatutnya kami perlu mengelakkan sebarang keintiman dengan perempuan?" Dia berfikir. Akan tetapi mulutnya dikunci rapi.

Dalam pada itu, sami besar membawa wanita cantik itu menyeberangi sungai sementara sami kecil mengikut di belakang. Setelah sampai ke tebing, sami besar membiarkan wanita itu turun dan mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.

Di sepanjang jalan, setelah menjauh beberapa batu dari tebing sungai, sami kecil masih menyimpan rasa tidak puas hatinya dengan perbuatan sami besar. Tanpa sedar, dia telah membuat bermacam-macam tuduhan tentang sami besar di kepalanya. Keadaan ini menjadikannya semakin marah dan geram. Sungguhpun begitu, dia masih diam, tidak berkata sepatahpun.

Melihat itu, sami besar merasakan tiada apa yang perlu dijelaskan. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke tempat tujuan.

Akhirnya, sampai saatnya, sami kecil tidak lagi dapat menahan kemarahan setelah berjam-jam mereka berjalan. Lalu, keluarlah kata-kata dari bibirnya.

"Bagaimana abang boleh mengatakan diri abang seorang pendeta yang taat, apabila abang merebut peluang pertama untuk menyentuh seorang perempuan, lebih-lebih lagi apabila dia seorang yang sangat jelita?"

Semua ajaran abang kepada saya selama ini hanya menjadikan abang seorang munafik besar ( hipokrit ) pada penilaian saya! “ Marahnya meledak.

Mendengar itu, sami besar kelihatan terkejut dan berkata :

"Saya telah meletakkan wanita cantik itu di tepi sungai berjam-jam yang lalu, bagaimana pula anda masih ‘membawa’ beliau bersama-sama?"

************************************************************

2 comments:

azam said...

:) jadi ape konklusinya????

Jgn jadi sami...hahaha

linda a.k.a ibusumaiyah said...

hehe....a ah... betul gak tu....

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh