Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

11 July 2012

OH MY STUDENT!!!!!!!!!!

Pilihan di tangan kita...yes or no....setiap satu ada implikasinya sendiri...kejadian hari ni ingin dikongsi bersama...
Di parking lot yang sepatutnya hanya STAFF sahaja dibenarkan meletakkan kereta telah di langgari oleh seorang pelajar ini. Sudahlah langgar peraturan tetapi masih berhati waja hendak merebut parking dengan staff yang beratur panjang (jem) menanti student ini memuatkan kereta secara membontot. Aduh...ditempat yang agak sempit, dengan kereta yang berbaris kiri dan kanan, sesak lagi dibelakang kereta aku, ia sesuatu yang kurang wajar. Kesusahan student ini cuba untuk meletakkan kereta WAJA nya kelihatan jelas setelah hampir 10 minit memerhatikan dia kedepan dan kebelakang macam tu jer....
AKU masih boleh bersabar...tetapi kereta di belakang, dah menunjukkan tanda tidak boleh bersabar....Dalam usahanya itu, dia cuba untuk berundur untuk mengambil lajak . Semasa lampu reverse nyala lagi, aku dah membunyikan hon!!! ruang yang ada sememangnya sangat terhad...aku sendiri tidak boleh berundur dah...tetapi...dia tetap undur dan kemekkan bahagian atas tayar kereta kancil aku....adeyyy....hmmmm...
 Ok...masih bersabar!!!...dan tahu..kemeknyer tak seberapa cuma tetap kelihatan KEMEK. Tetapi, pemandu di belakang (agaknya student juga), sudah menunjukkan tanda marahnya. 
'kak, kereta akak dah kemek' jerit dia dari dalam keretanya. Ya, tingkap memang sengaja aku buka tadi tuk lihat tahap kemeknyer kancil comel aku ni..
"Tak reti bawa kereta agaknya!!!" jerit dia lagi..
Demi ingin mengingatkan student yang melanggar kereta aku tadi, aku terpaksalah juga berdepan dengan dia sendiri.
YA...pilihan aku adalah : TIDAK MAHU MARAH-MARAH. Aku cuma ingin dia tahu perbuatannya telah salah. 
Alhamdulillah...baik sahaja urusan berjalan, walaupun dia adajuga usaha untuk tidak mahu mengaku salahnya...namun akhirnya dia meminta maaf. 
:)....bayaran?...hmmm...bukan aku tak minat tentang itu. Tapi, jika di keraskan juga tentang bayaran, mungkin akan ada banyak masalah lain akan timbul. Keputusan ditangan kita...pilihan telah ada...pilihlah samaada untuk susah @ senang....
Aku tak nak susah...dan susahkan orang...agar aku juga tidak disusahkan oleh orang lain suatu hari nanti....:)  
Aku boleh pilih susahkan orang, tetapi jangan marah, jika orang susahkan kita...
Perpada-padalah...Mari berlatih untuk tidak terlalu mengikut perasaan... insyaAllah berjaya

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh