Jangan Jadi Follower....Jomla Jadi Kawan IbuSumaiyah..:)

Nombor Anda..:)

16 November 2016

Esok Result UPSR & PSRA

Assalamualaikum ... :)

Amira anak sulung aku, sudah pun 12 tahun umurnya tahun ni. Telah menghadapi peperiksaan pentingnya yang pertama dalam hidup - UPSR & PSRA.

How time fly. Esok keputusan UPSR akan diumumkan. Untuk sekolah Amira, keputusan UPSR akan di diberikan sekali dengan keputusan PSRA walaupun keputusan PSRA telah dikeluarkan 15hb Nov iaitu 2 hari yang lepas.

Phewww..ibu memang gementar sangat. Amira??? dia memang NAMPAK tak kisah. Tapi ibu tau, Amira juga tengah gelisah dan berdebor-debor.

Untuk malam ini, selepas solat isyak, ibu rasa ia adalah masa yang sesuai untuk menenangkan hati kami yang berdebor-debor ni.

Maka, disaat lutut bertemu lutut. Selepas ucapan tahniah kepada si Adik atas kejayaan mendapat nombor 2 dalam kelas bagi ujian akhir tahun 2016, aku beralih ke kakaknya pula.

' Amira, esok Amira nak dapat keputusan dah. Ibu nampak Amira dah berusaha, Cikgu- cikgu disekolah pun dah gigih buat program untuk UPSR & PSRA ni. Dan kita memanglah mengharapkan dapat keputusan yang cemerlang. Kan?'

Amira angguk dan nampak ada airmata dah bergenang. Ibu pun tak boleh berterusan menggunakan ayat slow macam ni. Nanti ibu pun nangis sebelum habis kata-kata penting. Lalu....

' Esok....walau apa pun keputusan yang Amira dapat. perkara pertama Amira perlu buat adalah, sebut 'Alhamdulillah'. Jika dapat keputusan baik, sebut Alhamdulillah. Dan, walaupun keputusan esok tak seperti yang kita harapkan, Amira jangan rasa kecewa & malu, sebut juga Alhamdulillah...'

Mata nya bergenang lagi, suara ibu pun dah nak tersekat- sekat.

'Ibu redha je apa keputusan yang akan Amira dapat esok. Jadi Amira pun kena redha. Kita usaha lagi untuk PMR akan datang bermula dari tingkatan satu nanti. Ok?'

Amira angguk n senyum  :)

Sama seperti aku Senyum n Angguk :)


No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh